Artikel
membincangkan tentang krisis keruntuhan akhlak yang dikatakan
semakin parah dalam dunia tanpa sempadan ini lebih-lebih lagi generasi hari ini dikatakan tidak lagi mampu
mempertahankan akidah, akhlak, maruah, nilai, prinsip dan harga diri.
Selain itu, dalam artikel ini juga menyentuh tentang isu pendidikan melalui pandangan Profesor Dr.
Syed Muhammad Naquib al-Attas di mana menurut beliau, pandangan alam (worldview) serta
faham-faham asasi kebudayaan Barat telah menyelinap masuk ke dalam ilmu dan
budaya hidup Muslim hingga menyebabkan kekeliruan terhadap perkara-perkara
teras termasuklah konsep Tuhan, agama, insan, ilmu dan pendidikan. Ia sekaligus
menyebabkan keruntuhan adab di kalangan generasi kini.
Ta’dib
iaitu penyerapan adab ke dalam diri adalah dasar kepada pendidikan yang
sebenar. Dasar ini berkaitan dengan ilmu yang menurut al-Attas terbahagi kepada
dua iaitu ilmu pengenalan dan ilmu pengetahuan. Ilmu pengenalan merupakan ilmu
fardhu ain yang dituntut ke atas setiap orang Muslim manakala ilmu pengetahuan
merupakan ilmu fardhu kifayah yang diwajibkan bagi sebahagian daripada kaum
Muslimin sahaja.
Kesimpulannya,
perlaksanaan ilmu teras melahirkan generasi yang rapuh jati-dirinya serta
pincang akidah dan akhlaknya. Ia bukan sekadar memenuhi keperluan pasaran atau
negara tetapi melahirkan insan kamil.
Analogi
Dalam Islam, menutup aurat adalah diwajibkan keatas tiap-tiap Muslim yang cukup syarat. Antara dalil mewajibkan menutup aurat ialah:
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Surah Al-A’raaf : Ayat 26)
Pada pandangan saya, dengan berfokuskan kepada kaum perempuan yang beragama Islam, rambut adalah antara aurat yang perlu dilindungi dari dipandang oleh lelaki yang bukan muhrim. Lazimnya kaum perempuan menggunakan tudung kepala bagi melindungi daripada pandangan lelaki.
Masyarakat Barat telah memperkenalkan pelbagai style rambut yang dikatakan lebih bersifat elegant dan up-to-date. Kaum perempuan yang beragama Islam mula terikut-ikut gaya rambut yang terkini hingga 'alpa' akan tanggungjawab yang dituntut dalam Islam. Contoh yang paling ketara ialah artis Melayu yang beragama Islam. Mereka tidak menjaga aurat hingga mendedahkan rambut mereka kepada awam. Mereka sanggup berbelanja besar semata-mata untuk kelihatan cantik dan menawan dengan bertukar-tukar gaya rambut. Bila ditanya atau ditegur, antara jawapan yang menjadi kelaziman ialah mereka belum bersedia untuk bertudung sedangkan jika sudah baligh dan cukup umur, ia menjadi fardu ain iaitu diwajibkan menutup aurat.
Pada pandangan saya, tidak semestinya dengan bertudung, kita itu ketinggalan zaman dan tidak mengikuti trend semasa kerana apa yang penting kita telah mentaati perintah agama dengan menutup aurat. Kita perlu sedar dan beringat bahawa kita telah diajar oleh guru tentang batas-batas aurat semasa di bangku sekolah lagi. Selain itu, ibu bapa juga berperanan dalam melatih anak-anak perempuannya dari awal supaya menjadi amalan dan sebati dalam jiwa anak tersebut agar lebih terpelihara akhlaknya.
Pada pandangan saya, tidak semestinya dengan bertudung, kita itu ketinggalan zaman dan tidak mengikuti trend semasa kerana apa yang penting kita telah mentaati perintah agama dengan menutup aurat. Kita perlu sedar dan beringat bahawa kita telah diajar oleh guru tentang batas-batas aurat semasa di bangku sekolah lagi. Selain itu, ibu bapa juga berperanan dalam melatih anak-anak perempuannya dari awal supaya menjadi amalan dan sebati dalam jiwa anak tersebut agar lebih terpelihara akhlaknya.
No comments:
Post a Comment