Bunga lapik pinang merupakan adat dalam
perkahwinan Melayu Brunei. Bunga lapik pinang secara tradisinya adalah
merupakan hiasan daripada daun sirih yang berisi kain putih beserta sebentuk
cincin yang dijadikan sebagai salah satu hantaran yang WAJIB diberikan oleh
pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.
Kain putih ini kemudiannya diletakkan di atas katil pengantin. Fungsinya adalah untuk menentukan sama ada perempuan yang baru dikahwini itu masih dara/perawan atau sebaliknya. Pengantin akan menggunakan kain putih sebagai alas pada malam pertama mereka 'bersama'. Kain ini seterusnya akan dibawa kepada keluarga pengantin lelaki semasa upacara 'mulih tiga hari' atau 'mulih tujuh hari' yang bermaksud balik ke rumah pengantin lelaki selepas hari ketiga atau hari ketujuh mereka tinggal di rumah pengantin perempuan. Keluarga pengantin lelaki akan melihat sama ada terdapat warna yang menunjukkan 'dara' pengantin perempuan pada kain putih tersebut.
Jika dalam satu majlis perkahwinan, pihak lelaki
tidak memberikan bunga lapik pinang sebagai hantaran kepada pengantin
perempuan, masyarakat pada masa itu akan mempersoalkan malah menimbulkan
prasangka yang tidak baik atau bagi mereka itu adalah satu petanda bahawa
pengantin perempuan itu sudah pernah berkahwin atau sudah 'ditebuk' musang.
Begitu halnya semasa penyerahan kain bunga lapik pinang kepada keluarga
pengantin lelaki, jika tiada 'bukti' yang mereka cari untuk menentukan 'dara'
pengantin perempuan, boleh menimbulkan tindakbalas yang negatif seperti fitnah,
penceraian dan sebagainya.
Dalam zaman moden ini, adat bunga lapik pinang
tidak lagi menjadi hantaran WAJIB untuk disediakan oleh pengantin lelaki kepada
pengantin perempuan. Kedatangan agama Islam telah merubah perspektif masyarakat terhadap adat tradisi ini. Adat ini juga telah diharamkan dan ditegah kerana dianggap tidak lagi relevan. Hanya
sebilangan masyarakat yang masih terikat kepada adat masih mengamalkannya
tetapi kebanyakannya sudah tidak lagi meneruskan adat ini.
Jika dianalisis, kain putih mempunyai pelbagai fungsi dalam majlis perkahwinan. Dalam hal ini adalah sebagai alas katil. Secara tradisinya kain putih adalah sebagai adat iaitu untuk alas katil bagi pengantin baru yang fungsinya sebagai penentu ‘dara’. Fungsi ini jelas bertentangan
dengan agama Islam kerana boleh menimbulkan fitnah, menghancurkan hubungan
kekeluargaan dan mengaibkan pengantin yang mana perbuatan seperti ini adalah ditegah
dalam Islam. Ia bukanlah membawa kepada kebaikan malah menyebabkan perbalahan
dan perpecahan jika tidak betepatan dengan yang dikehendaki. Fungsi kain putih dalam adat ini adalah tidak betul kerana ia kain putih tersebut tidaklah tepat untuk dijadikan sebagai pengukur kehormatan dan kesucian seorang perempuan.
Selain daripada fungsi tersebut, dalam majlis perkahwinan, kain putih secara tradisi dan moden digunakan sebagai busana pengantin. Fungsi ini sama sekali tidak bertentangan dengan Islam. Di luar skop perkahwinan pula, kain putih digunakan sebagai pakaian sekolah untuk kanak-kanak, alas meja dan lain-lain yang sifatnya positif dan tidak ada kepercayaan-kepercayaan mengarut dan tidak bertentangan dengan agama Islam.
Kesimpulannya, sesuatu alat itu mempunyai pelbagai fungsi atau peranan yang menimbulkan pelbagai kesan sama ada positif dan negatif. Kepelbagaian fungsi itulah yang perlu dilihat tetapi bukan meletakkan hukuman pada alat itu. Tidak kira secara tradisi atau moden, jika tidak bertentangan dengan Islam, ia bukanlah menjadi satu kesalahan untuk diamalkan, diikuti dan diterima. Seperti contoh yang saya berikan, kain putih itu hanyalah sebagai kain semata tetapi setelah ia terikat dengan adat dan mempunyai fungsinya, ia telah menjadikan kain putih sebagai simbol negatif.

No comments:
Post a Comment