Saturday, October 26, 2013

Perbincangan dalam kuliah

Dalam kuliah minggu ini, kami diberi tugasan untuk membuat perbincangan secara berkumpulan berdasarkan blog yang diprint oleh Dr Mas Rynna. Minggu ini pasangan saya ialah Kak Sharifah Adilah. Kebetulan warna baju kami adalah sama iaitu purlish-pink. Amboi hihi..

Minggu ini kami mendapat blog yang bertajuk 'SKMM 6013: Komen artikel 'Novel-novel MelayuMutakhir: Analisis Cerminan Nilai Budaya Bangsa' oleh Ashraf Adrutdin iaitu salah seorang rakan sekelas kami.

Dr Mas Rynna menugaskan kami untuk membandingkan dengan petikan dari artikel Ramli Isin iaitu merumuskan dari andaian pendapat Macherey.

Hasil dari perbincangan saya dengan Kak Sharifah Adilah, kami mendapati dua persamaan pendapat antara Ashraf Adrutdin dengan Macherey iaitu:
  1. Mereka berpendapat terlalu sedikit cerminan budaya bangsa yang dapat dihayati dan difahami. Fakta diolah menjadi sebuah cerita menyebabkan pengolahan (imaginasi) menjadi lebih banyak.
  2. Terdapat peniruan budaya sesebuah bangsa dalam novel yang menggambarkan tentang kehidupan dan nilai budaya masyarakat. Kami mengaitkan dengan kisah Embun yang menceritakan tentang kekejaman kaum Jepun semasa menaungi kerajaan Melayu. Watak Embun adalah mewakili kaum wanita yang tertindas zaman penaklukan Jepun walaupun kesahihan fakta tentang watak Embun sebenar tidak diketahui.


Saya dan Kak Sharifah Adilah juga menemui satu perbezaan pandangan antara Ashraf Adrutdin dengan Macherey. Asharf Adrutdin berpendapat novel boleh menjadi alat pemerintah sekiranya kebenaran yang dicitrakan disimpangkan mengikut ideologi pemerintah. Ini akan menyempitkan kebebasan berkarya secara jujur dalam mengungkap nilai, masalah dan keadaan masyarakat.

Apa yang kami fahami tentang kenyataan ini ialah perlunya kebenaran dalam sesebuah karya. Dalam hal ini, misalnya pemerintah, perlu mengemukakan nilai kebenaran bukannya menyimpangkan kebenaran berdasarkan ideologi politik mereka.

Macherey pula berpendapat bukan tanggungjawab penulis untuk mengemukakan kebenaran. Kami setuju dengan pandangan Macherey kerana pada pandangan kami, penulis bebas untuk berkarya sama ada mengemukakan fakta yang benar atau tidak (imaginasi atau berpijak di bumi nyata) kerana penulisan itu memerlukan kreativiti dan tidak kreatif-imaginatif amat sinonim.

Kesimpulannya, kuliah minggu ini amat menarik lebih-lebih lagi berpeluang soal-menyoal antara 'empunya' blog dengan pengkaji. Terima kasih juga pada Kak Sharifah Adilah kerana kami bekerjasama dengan amat baik.

Saturday, October 19, 2013

Teks dan Makna dalam Drama Melayu Moden oleh Solehah Ishak

Dalam genre drama, teks muncul dalam bentuk skrip. Skrip memperaga sebahagian daripada rasa dan makna yang ingin disampaikan oleh dramatis. Selebihnya adalah dalam persembahan/pementasan.

Terdapat tiga bentuk dalam memberi makna drama:
1. Bentuk deklaratif
2. Bentuk imperatif
3. Bentuk interogatif
Pada pandangan saya, teks yang berbentuk deklaratif memberi makna secara direct kerana intipati teks adalah secara terang-terangan. Jika ia dipersembahkan/dipentaskan, ia juga akan mudah untuk difahami tahap pemikiran mereka belum lagi dapat mentafsir makna yang simbolik/berkias/absurd. Misalnya drama Upin Ipin yang sangat ringkas dan jelas hingga memberi kesan menghiburkan disamping pengajaran didalamnya.

 
Bagi teks yang berbentuk imperatif, teks adalah tergantung tanpa ending/kesimpulan dengan harapan pembaca boleh memikirkan segala kemungkinan-kemungkinan yang berlaku walaupun tanpa pengakhiran cerita. Jika dalam persembahan, drama seperti ini juga tidak mengemukakan kesudahan cerita. Sebagai contoh drama 'Anugerah dendam yang terindah' yang tidak memberikan 'ending' bagi hubungan watak utama dan mengatakan jika ada jodoh mereka akan bersama nanti. Audiens boleh memikirkan sendiri kemungkinan-kemungkinan bagi drama ini mengikut persepsi masing-masing.



Bagi teks yang berlapis-lapis ceritanya (seperti cerita dalam cerita, mimpi dalam mimpi dsb) atau bermain dengan makna tersirat, tahap literasi amat penting kerana hanya mereka yang berkebolehan (well educated) khusunya dalam bidang drama atau ilmu kesusasteraan betul-betul boleh memahami dan mempunyai kemahiran dalam menilai sesebuah teks mahupun dalam persembahan. Jika dalam persembahan, mereka ini lazimnya orang yang tahu apa fungsi setiap pergerakan/dialog/interaksi itu. Teks dan persembahan seperti ini walaupun susah untuk difahami, tetapi bila dapat difahami sepenuhnya, ia akan memberi kesan yang amat mendalam.



Kesimpulannya, sesebuah drama perlu memberi makna kepada pembaca/audiens untuk membuktikan persembahan/pementasan itu dapat difahami, dihayati dan diterima bukan sebagai satu teks/persembahan yang kosong.


Novel-novel Melayu Mutakhir: Analisis Cerminan Nilai Budaya Bangsa oleh Ramli Isin

Pada pandangan saya, novel mutakhir itu terbahagi kepada dua iaitu novel yang mencerminkan nilai budaya bangsa dan sebagai hiburan/populariti/komersial semata-mata.


Bagi novel mutakhir yang mencerminkan nilai budaya bangsanya, pada pandangan saya ia lazimnya berlatarkan masa dari beberapa tahun lampau dan tidak semestinya mencerminkan latar budaya atau masyarakat pada zaman ia diterbitkan. Alasan saya ialah proses pembikinan dan penerbitan sesebuah novel itu memakan masa hingga bertahun-tahun lamanya. Novel itu menjadi refleksi budaya atau masyarakat dalam zaman tertentu.

Saya ingin mengkongsikan satu contoh novel mutakhir Malaysia yang pernah saya baca dan kaji semasa di Universiti Brunei Darussalam. Novel ini mengambil latar masa yang lampau dan diterbitkan pada satu masa yang lain. Tajuknya ialah "Suara Dari Rimba" yang ditulis oleh Jong Chian Lai. Ianya diterbitkan pada tahun 2008 tetapi mengambil latar masa 1980an.  

Pada pandangan saya, novel ini jelas mencerminkan masyarakat Penan sekitar 1980an dimana masih terdapat sebilangan mereka yang tinggal di dalam hutan, menggunakan pakaian tradisional, berburu untuk mendapatkan makanan, buta huruf/tidak bersekolah, meraikan upacara-upacara perayaan berdasarkan kepada kepercayaan mereka dan lain-lain. Terdapat peristiwa besar yang dialami masyarakat Penan iaitu isu penentangan pembangunan yang memang terdapat dalam sejarah negeri Sarawak. Novel ini adalah berdasarkan kisah sejarah kerana peristiwa yang benar-benar terjadi di negeri Sarawak tetapi berlaku pengolahan/pengubahsuaian pada nama watak manakala konsep budaya masyarakat Penan dan peristiwa adalah dikekalkan.

Gambar Bruno Manser (nama dalam sejarah yang digantikan menjadi Brueno Mansel dalam novel Suara Dari Rimba)

Berbeza dengan novel pop. Pada pandangan saya, novel pop lebih menekankan kepada tema percintaan. Keterujaan dalam menimbulkan soal percintaan seperti ditinggal kekasih, bunga-bunga cinta, isu skandal dll malah seperti satu trend novel pop yang laris akan difilemkan. Budaya masyarakat tidak dihighlight sepenuhnya, hanya secara tidak langsung dan bukan menjadi tumpuan pengarang.
 

Kesimpulannya, terpulang kepada kecenderungan pembaca/individu untuk meminati karya novel yang bagaimana.Yang pastinya harapan saya agar lebih banyak novel yang mencerminkan nilai budaya bangsa kerana karya sebegini walaupun bercampur-aduk fakta dengan bukan fakta (sebab itulah dikatakan karya kreatif-imaginatif) tetapi terselit juga informasi/maklumat yang berguna yang perlu diketahui.


Wednesday, October 2, 2013

Ketemadunan Melayu Adalah Ketemadunan Islam

http://nusacentre.wordpress.com/rencana/ketamadunan-melayu-adalah-ketamadunan-islam/

Assalamualaikum

Alhamdulilah, berjaya juga saya menghasilkan satu blog untuk kursus SKMM6013. Inilah pengalaman saya yang pertama memasuki dunia blog. Sambil membuat blog, saya mendengar lagu "Musim Asmara" yang dinyanyikan oleh Soo Wincci. Saya sangat meminati lagu ini. Dalam masa yang sama, saya cuba menyelesaikan satu lagi artikel untuk dipaparkan dalam blog saya. Untuk teman-teman seperjuangan, selamat maju jaya.

Untuk tatapan bersama, saya sertakan gambar saya dan Soo Wincci memandangkan saya masih mendengarkan lagu beliau. Hehe.

Wassalam.