Pada pandangan saya, novel mutakhir itu terbahagi kepada dua iaitu novel yang mencerminkan nilai budaya bangsa dan sebagai hiburan/populariti/komersial semata-mata.
Bagi novel mutakhir yang mencerminkan nilai budaya bangsanya, pada pandangan saya ia lazimnya berlatarkan masa dari beberapa tahun lampau dan tidak semestinya mencerminkan latar budaya atau masyarakat pada zaman ia diterbitkan. Alasan saya ialah proses pembikinan dan penerbitan sesebuah novel itu memakan masa hingga bertahun-tahun lamanya. Novel itu menjadi refleksi budaya atau masyarakat dalam zaman tertentu.
Saya ingin
mengkongsikan satu contoh novel mutakhir Malaysia yang pernah saya baca dan
kaji semasa di Universiti Brunei Darussalam. Novel ini mengambil latar masa yang lampau dan diterbitkan pada satu masa yang lain. Tajuknya ialah "Suara Dari Rimba" yang
ditulis oleh Jong Chian Lai. Ianya diterbitkan pada tahun 2008 tetapi
mengambil latar masa 1980an.
Pada pandangan saya, novel ini jelas mencerminkan masyarakat Penan sekitar 1980an dimana masih terdapat sebilangan mereka yang tinggal di dalam hutan, menggunakan pakaian tradisional, berburu untuk mendapatkan makanan, buta huruf/tidak bersekolah, meraikan upacara-upacara perayaan berdasarkan kepada kepercayaan mereka dan lain-lain. Terdapat peristiwa besar yang dialami masyarakat Penan iaitu isu penentangan pembangunan yang memang terdapat dalam sejarah negeri Sarawak. Novel ini adalah berdasarkan kisah sejarah kerana peristiwa yang benar-benar terjadi di negeri Sarawak tetapi berlaku pengolahan/pengubahsuaian pada nama watak manakala konsep budaya masyarakat Penan dan peristiwa adalah dikekalkan.

Gambar Bruno Manser (nama dalam sejarah yang digantikan menjadi Brueno Mansel dalam novel Suara Dari Rimba) |
Berbeza dengan novel pop. Pada pandangan saya, novel pop lebih menekankan kepada tema percintaan. Keterujaan dalam menimbulkan soal percintaan seperti ditinggal kekasih, bunga-bunga cinta, isu skandal dll malah seperti satu trend novel pop yang laris akan difilemkan. Budaya masyarakat tidak dihighlight sepenuhnya, hanya secara tidak langsung dan bukan menjadi tumpuan pengarang.
Kesimpulannya, terpulang kepada kecenderungan pembaca/individu untuk meminati karya novel yang bagaimana.Yang pastinya harapan saya agar lebih banyak novel yang mencerminkan nilai budaya bangsa kerana karya sebegini walaupun bercampur-aduk fakta dengan bukan fakta (sebab itulah dikatakan karya kreatif-imaginatif) tetapi terselit juga informasi/maklumat yang berguna yang perlu diketahui.
No comments:
Post a Comment