Wednesday, October 2, 2013

Ketemadunan Melayu Adalah Ketemadunan Islam

http://nusacentre.wordpress.com/rencana/ketamadunan-melayu-adalah-ketamadunan-islam/


Pada pandangan saya, artikel ini membicarakan bagaimana berdirinya tamadun Melayu setelah kedatangan Islam. Sebelum kedatangan Islam, kerajaan-kerajaan Melayu menganut ajaran Hindu-Budha. Pada masa itu, mereka merupakan golongan yang belum bertamadun kerana pemerintah iaitu golongan bangsawan dan raja-raja, mempercayai perkara dongeng dan tahyul seperti dewa-dewa dan mitos manakala rakyat mempercayai animisme iaitu percaya kepada semangat atau kuasa lain selain Allah. Mereka berfikiran kolot, jahil dan anti-rasional yang menyebabkan tiada kemajuan dan tiada peradaban pada zaman tersebut iaitu mereka hidup dalam kegelapan.


Aktiviti perdagangan melalui ‘jalan sutera’ yang digunakan oleh pedagang Islam dari Basra (Iraq), Hormuz (Parsi) dan Calicut @ Gujerat (India) bagi urusan perniagaan merupakan titk permulaan kedatangan Islam di alam Melayu kerana peniaga-peniaga Islam itu selain dari berniaga, mereka juga menyebarkan ajaran Islam secara perlahan-lahan.

Laluan pedagang-pedagang Islam hingga sampai di kepulauan Melayu.


Selain urusan perdagangan, pedagang-pedagang Islam ini juga menyebarkan ajaran Islam secara perlahan-lahan.

Kedatangan Islam telah merubah pemikiran dan kehidupan masyarakat Melayu dari bangsa yang primitif menjadi bangsa Islam yang bertamadun. Ajaran-ajaran Islam membuka minda dan pemikiran mereka untuk menjadi lebih rasional dan meningkatkan keintelektualan mereka. Kemajuan demi kemajuan terjadi selepas Islam menjadi pegangan hidup mereka misalnya lahir risalah-risalah yang berkaitan dengan agama dan falsafah, muncul ahli-ahli intelek yang pakar dalam bidang masing-masing dan terbentuknya kerajaan-kerajaan Melayu hingga berkembang dengan pesat. Penggunaan bahasa Melayu sebagai medium penyampaian dakwah dan penulisan juga sangat rasional memandangkan masyarakat Melayu menggunakan bahasa Melayu hingga penyampaian mudah diterima dan dihayati.

Hamzah Fansuri, antara ahli fikir Islam yang terkenal. 
 
Pusat perkembangan Islam yang paling penting pada abad ke-15 iaitu di Melaka.



No comments:

Post a Comment