Pada pandangan saya, salah satu perkara menarik yang dibincangkan dalam artikel ini ialah mengenai dengan pemimpin Melayu yang beragama Islam. Saya ambil satu petikan untuk dikongsikan:
Apakah watak Melayu dalam kepemimpinan menggambarkan imej adil dan amanah dan menjadi sumber kepercayaan orang Melayu dan juga bukan Melayu.
Pemimpin bagi saya bukan saja tertumpu pada pemerintah sesebuah negara, ia juga meliputi mereka yang memegang jawatan tertinggi dalam apa juga bidang pekerjaan, pemimpin dalam sesebuah kampung atau negeri malah termasuk juga pemimpin keluarga iaitu ayah atau suami. Mereka dilantik dan mempunyai authority atau kuasa dalam menjalankan peranan sebagai ketua.
Pemimpin setentunya akan diperhatikan setiap gerak geri dan tingkah laku mereka. Oleh itu, perlu bagi seseorang pemimpin Melayu yang beragama Islam menjaga tingkah laku dan adab dalam kepimpinannya. Ia perlu memperlihatkan sifat
atau kepribadian yang baik dan luhur hingga boleh dijadikan idol atau ikutan kepada rakyat
atau mereka yang berada di bawahnya sekaligus memupuk rasa kasih sayang kepada pemimpin.
Pelbagai kaum di Malaysia |
Berlaku adil adalah antara perkara penting yang perlu ada dalam kepimpinan lebih-lebih lagi jika dalam sesebuah pemerintahan atau institusi itu mempunyai pelbagai kaum. Sifat yang adil menyebabkan semua kaum akan berpuas hati, mengelak dari permusuhan, perkauman atau rusuhan malah mampu menjaga nama baik agama Islam dan menimbulkan sikap hormat-menghormati antara semua kaum serta mampu menjaga dan menstabilkan keamanan negara atau institusi.
Oleh itu, saya tertarik untuk mengkongsikan sifat-sifat pemimpin menurut Islam yang saya petik dalam satu blog iaitu seseorang pemimpin perlulah
memiliki sifat istiqamah, memelihara diri, bijaksana, tenang, sabar,
tidak takabur, tidak mungkir janji, adil, tabah dan tawakal kepada
Allah. (Sumber: http://ralat2.blogspot.com/2012/10/sifat-pemimpin-menurut-islam.html)
No comments:
Post a Comment